Isteri Simon Adavize Momoh, Low Kar Hui, dan peguam V Vemal Arasan.

PETALING JAYA: Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendesak Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, campur tangan dalam kes Simon Adavize Momoh, warga Nigeria yang ditahan dan sedang berdepan tindakan pengusiran.

Pesuruhjaya Kanak-kanak Suhakam, Noor Aziah Mohd Awal, menjelaskan Hamzah mempunyai kuasa untuk mengubah semula keputusan mengusir Momoh dan pembatalan visanya.

Beliau memberitahu FMT, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak mengirim surat kepada Hamzah dan Pejabat Perdana Menteri minggu lalu meminta pembatalan perkara itu.

Surat juga dikirim kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Rina Harun; serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

“Mereka (Rina dan Zuraida) adalah menteri wanita dan kami berharap mereka akan dapat merasakan apa yang isteri dan anak-anak Simon rasa,” kata Noor Aziah.

Menurutnya, Rina satu-satunya pihak berkuasa kerajaan yang memberi maklum balas dan berjanji akan membuat susulan dengan Kementerian Dalam Negeri, demi kepentingan kedua-dua anak perempuan dan untuk Momoh kekal bersama keluarganya.

Beliau juga menegaskan ketua pengarah mesti mengeluarkan perintah berdasarkan kes demi kes, dan bukannya menganggap setiap orang asing adalah sama.

Simon Adavize Momoh.

“Simon berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di sini sejak beberapa tahun lalu. Anak-anaknya juga masih kecil dan sangat terganggu dengan penahanan dan tindakan pengusiran ayah mereka.

“Sedangkan penjenayah biasa, yang berada di penjara kerana mencuri, diberi peluang untuk bertemu dengan anak-anak dan pasangan,” katanya, merujuk kenyataan bahawa Momoh tidak dapat berhubung dengan isteri sejak hujung minggu lalu.

Aziah berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula kes Momoh, dan menambah kerajaan mesti menyelesaikan masalah penahanan yang tidak sah terlebih dahulu sebelum memikirkan kedudukannya di Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

READ  Malaysia Airlines join in global traveller rescue after Thomas Cook collapse

Momoh sudah berkahwin dengan Low Kar Hui sejak lapan tahun lalu dan memiliki visa yang sah. Dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Cheras pada awal pagi 15 Mac kerana disyaki memandu bawah pengaruh alkohol.

Dia mengaku bersalah di mahkamah pada hari yang sama dan membayar denda RM12,000 dan Low diberitahu suaminya akan dibebaskan pada 5 petang.

Bagaimanapun, sejak itu dia terus ditahan di Depot Tahanan Semenyih, dan penahanannya kini boleh menyebabkan visanya dibatalkan.

Perintah pengusiran Momoh, yang diemelkan kepada isterinya pada 14 April, meminta Low bersedia mengaturkan penerbangannya kembali ke Nigeria.

Menurut perintah itu, Momoh dianggap pendatang asing tanpa izin.

Semalam, peguamnya, V Vemal Arasan, mendakwa Momoh terpaksa menurunkan cap jari ke atas dokumen yang tidak diketahui, dengan alasan dokumen itu untuk pembebasannya.

Warga Nigeria itu hanya mengetahui dokumen tersebut akuan pembatalan visa dan pengusirannya, ketika bertemu Vemal Jumaat lalu.

Pendengaran kes mengenai penahanan tidak sah akan berlangsung petang esok di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Semakan kehakiman juga difailkan terhadap Ketua Pengarah Imigresen, ditetapkan pada 4 Mei.



READ SOURCE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here